Ucapan Pengerusi

Assalamu 'alaikum dan Salam 1Malaysia.

Jutaan terima kasih di atas kesudian melayari laman web PPTA.

Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sebuah persatuan yang aktif dan bergerak dengan bersepadu demi menjadikan kejiranan perumahan Taman Ambar bebas dari sebarang kegiatan jenayah, tidak bermoral selain memastikan penjanaan ekonomi penduduk dan keselamatan terjamin serta permuafakatan yang sekata bagi keselesaan penduduk serta ketenteraman jiwa.

Sunday, May 2, 2010

Senamrobik dan Latihan Bola Jaring pada 2 Mei 2010

- Inilah barisan ahli senamrobik yang telah bersiap sedia untuk berexcercise.












- Tenaga pengajar yang begitu bersemangat dan di import khas dari jauh ni.












- Begitu bersemangat nampaknya ahli-ahli senamrobik demi menjaga kesihatan.











Gambar Kenangan Gotong-royong pada 2 Mei 2010

- Gotong-royong bermula jam 8.00 pagi, anak-anak juga tidak mahu melepaskan peluang dan menghiburkan.











- Kawasan padang dibersihkan dan pokok di trim semula, barulah sedap mata memandang.












- Inilah Menteri Kebersihan PPTA, sedang sibuk nampaknya, ewah...












- Dari kiri: Mr. Tan (Pengerusi JPP Zon Arked), AJK, En. Omar (Timb. Mr. Tan) dan Pengerusi PPTA. TQ to Mr. Tan kerana membantu mendapatkan sumbangan dari MPS untuk makanan/ minuman & lori bagi menjayakan aktiviti ini.








- Antara pokok yang berjaya ditumbang, kesian kau pokok tapi nak buat camner banyak ulat. Uncle Rajan pun ada nampaknya sehingga selesai.











- Membersihkan laluan masuk utama ke Taman Ambar dan siap trim pokok tu.












- Berehat menghilangkan dahaga. Terima kasih kepada kedai runcit Misal Maju yang menyumbang roti dan minuman berkarbonat dan kedai Accessories Kereta Lim yang menyumbang air mineral. Tidak lupa Abang Razali yang membuat air hijau campur oren.