Ucapan Pengerusi

Assalamu 'alaikum dan Salam 1Malaysia.

Jutaan terima kasih di atas kesudian melayari laman web PPTA.

Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sebuah persatuan yang aktif dan bergerak dengan bersepadu demi menjadikan kejiranan perumahan Taman Ambar bebas dari sebarang kegiatan jenayah, tidak bermoral selain memastikan penjanaan ekonomi penduduk dan keselamatan terjamin serta permuafakatan yang sekata bagi keselesaan penduduk serta ketenteraman jiwa.

Tuesday, February 9, 2010

Gambar Kenangan Program Mesra Polis bersama Penduduk


Tuan rumah sedang sibuk membuat persiapan (siap ambil cuti tu), tu tengah ketuk besi dengan lampu sbb nak tengok mana yang lebih keras. Terima kasih kepada tuan rumah dan yang membantu membuat persiapan dari awal hingga akhir.


Disebalik tabir, En Rusdi (wakil Balai Polis Dengkil) sedang sibuk membuat semakan terakhir persiapan majlis bersama Pengerusi Majlis dan Pengerusi PPTA.


Pengerusi PPTA membaca doa memohon kelancaran majlis dan juga memohon segala kebaikan serta dijauhi segala keburukan. Amin...


TKP IPD Sepang sedang berucap dan memberi taklimat.


Senarai barisan ahli panel.


Terima kasih diucapkan atas sokongan penduduk Taman Ambar yang sentiasa memberi komitmen kepada apa jua aktiviti yang dijalankan.


Antara wakil penduduk (abang bendahari kita) yang mengajukan soalan panas.


Antara wakil penduduk yang mengajukan soalan.


Wakil wanita yang mengajukan soalan.


Ketua Balai Polis Dengkil sedang menyampaikan ucapan dan amanat.


Sumbangan kepada Surau Taman Ambar yang disampaikan oleh TKP IPD Sepang kepada Pengerusi Surau As-Syakirin. Terima kasih diucapkan kepada yang menyumbang, semoga Allah jua yang membalas segala niat yang ikhlas.


Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk Taman Ambar yang telah bersama-sama menyediakan juadah untuk majlis ini.


AJK bersama Pegawai Polis yang hadir

5 comments:

  1. Tahniah kepada AJK yang bergambar bersama polis...Tapi mana gambar polis bersama penduduk...Tak penting ke penduduk nie...

    ReplyDelete
  2. Takpe la, gambar kita reramai ngan polis kan dah ado kat atas. tak muek plak nak susun reramai, dgn anak kita berlari-lari lagi. mana nak bergambar dediam nya. tp klu ado cantik gak, cameraman lain kali jgn lupa ye...

    ReplyDelete
  3. Assalamu ‘alaikum dan Salam 1Malaysia.

    Pertama – mungkin kita blh kata tahniah kepada semua penduduk kerana berani meluahkan dan memberikan pendapat dan cadangan serta komen yang membina kepada pihak polis secara terus.

    Kedua - mungkin kita boleh kata atau cadangkan – kepada sesiapa yang mengambil gambar secara sukarela tu, lain kali jangan lupa buat satu sesi bergambar sebelum aktiviti menjamu selera kerana keadaan lebih mudah dikawal.

    Ketiga – Bila ada sesuatu perkara yang kita terlepas pandang, bukan sebab perkara tu tak penting tapi itulah kelemahan diri manusia kerana Allah jua lah Maha Sempurna.

    Pantun 1 minit dari saya :

    Rakyat mengundi menentukan kerajaan;
    Tiada rakyat tiadalah kerajaan;
    Penduduk mengundi menentukan AJK persatuan;
    Tiada penduduk tiada AJK tiadalah persatuan.

    InsyaAllah, lain kali kalau saya ada membuat kesilapan atau terlupa, tolong ingatkan terus dan saya akan buat yang termampu agar sama rata sama rasa.

    Terima kasih di atas komen yang diberikan.
    Mohon berikan tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  4. Tahniah dan selamat berjuang kepada semua penduduk. Jangan dilupakan juga kepada penduduk yang tidak menampakkan muko tue. Jenguk-jenguklah jugak, mana tahu ada kemarahan, ada ketidakpuasan hati yang terpendam, ada kesulitannya. Janganlah hanya mengharapkan berpuak-puak ajo. Tak perlu jugak bercakap mengumpat sesama kita. Taman nie bukannya besar. Kan bagus kalau kita sesama jiran sesama berhijrah kunjung-mengunjung. Yang tak join pun akan ikut serta jika kita yang mulakan dulu. Sampai bila nak pulaukan depa....Semoga berbahagia dan maju jaya....

    ReplyDelete
  5. Assalamu 'alaikum dan Salam 1Malaysia.

    Pertama sekali, terima kasih di atas ucapan tahniah dan doa yang dipanjatkan, semoga kita sama-sama berbahagia dan maju jaya.

    Bang/Kak,

    Sepengetahuan saya, tak terdengar lagi ada orang yang nak pulaukan orang di Taman Ambar ni yang bukannya besar sangat. Saya berharap tiada dalam kamus hidup sesiapa pun untuk memulaukan orang sebab kita tak tahu bila kita memerlukan bantuan orang lain terutama orang yang kita pulaukan. Tapi janganlah kalau orang tu sendiri yang tak nak tunjuk muko pastu kata masyarakat pulaukan dia, itu satu tindakan yang tak wajar saya rasa. Ayat "Sampai bila nak pulaukan depa...." tu sampai sekarang saya tak nampak lagi siapa(depa tu maknanya ramai) yang kena pulau. Boleh beritahu saya siapa dan mungkin sipolan(seorang) rasa dipulau oleh sipolan(seorang), itu maknanya antara mereka berdua, mohon maklumkan siapa dan In Shaa Allah kita berdua boleh cuba mendamaikan mereka tu kan.

    Berpuak dan mengumpat ni saya boleh huraikan sebagai serkap kita sahaja. Kecuali kita dengar sendiri apa yang orang umpat kita dan pastinya orang itu sahaja yang mengumpat dan bukan masyarakat seluruhnya. Nasihat saya yang daif ni, 'jangan terima bulat-bulat' apa yang orang sampaikan, terkadang ianya tak serupa dengan apa yang sebenarnya berlaku, kadang-kadang ada tokok tambahnya untuk menyedapkan cerita, siasat terlebih dahulu dengan tenang sebelum membuat kesimpulan.

    Berpuak ni mungkin nampak dari segi zahir apabila sekumpulan manusia berkumpul, cuba dampingi kumpulan tersebut dan beramah mesra, tiada siapa yang akan rugi dalam situasi ni.

    Jika betul ada penduduk yang tidak menampakkan muko tu kerana tersimpan perasaan marah dan tidak puas hati maka saya memohon maaf jika perasaan itu ditujukan kepada saya. Jika bukan, saya cuma boleh nasihatkan berbanyakkan bersabar dan memaafkan itu lebih Allah sukai. Jika saja taknak tunjukkan muka tu, tak dapat saya nak nolong, masing-masing dah besar dan boleh berfikir sendiri.

    Jika ada yang mengalami kesulitan hidup, mohon maklumkan dan kita akan cuba membantu sedaya mungkin. AlhamduLillah, banyak juga situasi yang kita bantu sehinggakan kepada hal peribadi yang tak perlu saya nyatakan. Ada juga sedikit sebanyak program bantuan yang kita anjurkan setelah mendapat sumbangan dari pihak luar dan dalam ramai juga yang menerimanya.

    Di sini saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih dari Puan Arivumalar kerana surat sokongan daripada PPTA dan KRT yang kita pertahankan, sedikit sebanyak membolehkan beliau mendapat pencen ilat dan lain-lain bantuan yang saya tak ingat kerana kesihatan beliau yang tidak mengizinkan untuk bekerja.

    Terus terang saya katakan, saya pernah bersuara untuk membatalkan persatuan penduduk ni, tak perlu dah ada nama AJK-AJK ni, semuanya jiran tetangga, tak perlu berpersatuan kalau ada rasa marah atau dengki sebab takkan maju pastu menambahkan dosa pulak tu. Kalau nak buat program atau makan-makan, collect duit dulu baru buat, biar puas hati. Tapi setelah menerima nasihat dan tunjuk ajar dari yang lebih matang dari saya berkaitan perancangan jangka panjang, saya menerima dengan hati terbuka, sekarang ni saya pula yang maintain blog persatuan. :)

    Tahun 2012 ni masa lepas raya, ramai yang buat rumah terbuka sehingga berminggu-minggu, benda ni tak perlu jemput, pi saja dan saya berharap abang/kakak/'penduduk yang tidak menampakkan muko tue' ada bersama masyarakat Taman Ambar untuk kunjung-mengunjung dan bermaafan serta membuka pagar rumah agar masyarakat boleh mengunjung. Jika itu telah berlaku saya percaya ayat "Yang tak join pun akan ikut serta jika kita yang mulakan dulu." tidak akan timbul pada 1/10/2012.

    Saya berharap sedikit penjelasan ini dapat merungkai tulisan abang/kakak. Semoga silaturrahim semua penduduk di kejiranan Taman Ambar akan lebih tererat lagi dan aman bahagia.

    Yang Baik dan Sempurna itu hanya Allah swt dan Yang Lemah itu memang dari kelemahan diri saya sendiri.




    ReplyDelete