Ucapan Pengerusi

Assalamu 'alaikum dan Salam 1Malaysia.

Jutaan terima kasih di atas kesudian melayari laman web PPTA.

Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sebuah persatuan yang aktif dan bergerak dengan bersepadu demi menjadikan kejiranan perumahan Taman Ambar bebas dari sebarang kegiatan jenayah, tidak bermoral selain memastikan penjanaan ekonomi penduduk dan keselamatan terjamin serta permuafakatan yang sekata bagi keselesaan penduduk serta ketenteraman jiwa.

Wednesday, July 28, 2010

Perlawanan Persahabatan Sukan Bola Jaring - 18 Julai 2010

- Inilah dia barisan pejuang Bola Jaring Taman Ambar (D`Red Team + black + dark blue + pink) yang sedia berjuang di padang mahu pun di rumah.

- Stretching jangan tak strech, kena la panaskan badan skit, kurang-kurang 21 pusingan padang.

- Perlawanan akan bermula pada bila-bila masa sahaja nampaknya. Semuanya sedang mengambil tempat masing-masing. Striker bawah umur tu (ada brani?) Sejuk perut ibu mengandung bila letak ais .......

- Nampaknya keadaan bertambah sengit, mencilok sana sini, masa ni dah lupa dah api dapur masak sayur tadi dah tutup ke belum, janji seraaaaaaang .......

- Akhirnya seperti yang dijangkakan, keputusan berpihak kepada pasukan Tuan Rumah yang memenangi acara ini kerana Pasukan Pelawat gagal menghadirkan diri setelah lama menunggu (takut la tu) .......

* Whatever, syabas dan tahniah kepada pasukan D`Red Team Taman Ambar kerana berjaya mewujudkan satu team yang bersemangat dan digeruni tidak mengira usia dan keadaan walaupun sedang berbadan dua .......