Ucapan Pengerusi

Assalamu 'alaikum dan Salam 1Malaysia.

Jutaan terima kasih di atas kesudian melayari laman web PPTA.

Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sebuah persatuan yang aktif dan bergerak dengan bersepadu demi menjadikan kejiranan perumahan Taman Ambar bebas dari sebarang kegiatan jenayah, tidak bermoral selain memastikan penjanaan ekonomi penduduk dan keselamatan terjamin serta permuafakatan yang sekata bagi keselesaan penduduk serta ketenteraman jiwa.

Tuesday, September 10, 2013

Makluman

- AJK dan Bendahari sedang mengemaskini urusan pembayaran yuran iaitu sebanyak RM50.00 bagi sebuah rumah untuk setahun. Mohon kepada ahli PPTA untuk berjumpa dengan wakil blok masing-masing untuk pengesahan pembayaran sebelum berakhir Jun bagi setiap tahun agar memudahkan pihak pengurusan melaksanakan aktiviti.
- Ahli PPTA yang telah berdaftar rasmi dan ingin mendapatkan sticker kereta dan motorsikal berlogo PPTA bagi memudahkan urusan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan membeli dari Setiausaha PPTA.
- Penduduk Taman Ambar yang berhajat untuk membuang perkakasan rumah terpakai yang besar (sampah pukal) seperti sofa, almari, peti sejuk, televisyen dan lain-lain, boleh berhubung terus dengan kontraktor yang telah dilantik oleh MPSepang untuk mendapatkan perkhidmatan percuma dengan menghubungi di talian 012-3171371 iaitu Encik Zaki/Encik Abu
Sekian, terima kasih.